Glitter Text Generator at TextSpace.net

Monday, 6 February 2017

SIARAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP BAGI TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Keahlian Pengakap bagi tahun 2017 telah dibuka. Pendaftaran tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya sebelum 31 Mac 2017 bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

3.         Adalah dengan ini juga dimaklumkan bahawa mana-mana ahli pengakap yang tidak berdaftar atau tidak memperbaharui pendaftaran keahlian untuk tahun 2017 tidak akan dibenarkan menyertai sebarang aktiviti pengakap sama ada perkhemahan, kem ujian lencana, jambori dan sebagainya.

4.         Bersama ini disertakan prosedur pendaftaran untuk makluman dan perhatian tuan. Jika terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi Encik Esham bin Busu, Urus Setia Pendaftaran Ahli, PPM Daerah Hulu Terengganu di talian 013 964 1840.

Segala kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

‘PENGAKAP MENTRANSFORMASIKAN GENERASI’
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

No comments:

Post a Comment