Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday 26 January 2016

HEBAHAN: TUJUH (7) HARI LATIHAN SETAHUN


Ucapan Tahniah....


Keputusan Rasmi Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Terengganu 2016

KATEGORI L12
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 KHAI ZAFRAN BIN KHAIRUAZMAN 23:51 SK BUKIT PERAH
2 MUHAMMAD ABRISYAM NOOR BIN MOHD NOOR 24:07 SK TELAGA
3 MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MOHAMAD BAKRI 24:43 SK BUKIT APIT
4 MUHAMMAD IZHAM HAKIM BIN KAMAL AZRUL 24:45 SK BUKIT PERAH
5 MUHAMMAD NASRULLAH BIN JUNAIDI 24:46 SK TELAGA
6 AMIRUL RUSLI FARAMIE BIN ASMAWI 24:47 SK LKTP BUKIT BADING
KATEGORI P12
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 NUR ABYADINA IRISHA BT MOHD MAZUKI 28:00 SK TANGGOL
2 NUR SYAZULIANA BT AMRAN 29:54 SK BUKIT PERAH
3 NUR AIN INSYIRAH BINTI MOHD ZAMRI 29:58 SK TELAGA
4 AMIRAH MURFIQAH AINA BT MOHD ADNAN 35:00 SK PASIR NERING
5 NURUL SYAZWINA BT ZIO @ MOHAMAD 35:02 SK MENERONG
6 NURUL HAFIZATUN WAHIDAH BINTI RAZAK 35:30 SK SUNGAI BULOH

KATEGORI L15
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN RADZUAN 26:43 SMK MATANG
2 CHE MUHAMMAD FAREEZ BIN CHE AZMI 28:54 SMK MATANG
3 MOHD SHAHRUL ASHRAF BIN WAHAB 29:20 SMK MENERONG
4 MOHD NOR HAZMI BIN ZARAWI 29:33 SMK AJIL
5 MUHAMMAD HASRUL HAFIZUDDIN BIN HASPUNAI 30:03 SMK JENAGOR
6 MUHAMMAD FAUZAN BIN ABU BAKAR 30:05 SMK MENERONG
KATEGORI P15
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 AISYAH AFIQAH BT HALIZAN 31:46 SMK MATANG
2 NUR ANIS FARHANA BT MOHD ZAMMIL 38:12 SMK SERI BERANG
3 NOR FAIZAH BT AMIN 38:14 SMK MATANG
4 MARINA BINTI ABU OTHMAN 38:36 SMK MATANG
5 NUR AIN FATIHAH BINTI ABDUL RASYID 39:44 SMK JENAGOR
6 NUR NADIA NAJIHAH BT ABU KHALID 40:30 SMK MATANG

KATEGORI L18
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 HARITH RIDWAN BIN AHMAD 31:00 SMK JENAGOR
2 AHMAD FAIQ NAJMIE BIN JAMALUDIN 31:20 SMK JENAGOR
3 MOHAMAD FAKRUZIL BIN AB GHANI 31:20 SMK JENAGOR
4 MUHAMMAD FAKHARUDDIN BIN MOHD NAJIB 31:37 SMK AJIL
5 ZULHILMI BIN YUSOF 32:02 SMK KUALA TELEMONG
6 MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN ISMAIL 32:04 SMK MENERONG
KATEGORI P18
KED. NAMA MASA SEKOLAH
1 QURATU AIN BT MOHD KIS DINUMA 36:53 SMK MATANG
2 ALIA NATASHA BT ZULKIFLI 40:42 SMK KUALA JENDERIS
3 NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR 40:46 SMK JENAGOR
4 NURUL ATHIRAH BT YEUSLY 40:59 SMK KUALA JENDERIS
5 NUR HIDAYAH BT AZIZ 41:15 SMK SERI BERANG
6 NUR FATIHAH BT ISMAIL 41:53 SMK TUN INDERA

Sunday 17 January 2016

MESYUARAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PPD HULU TERENGGANU BIL. 1 TAHUN 2016

Tarikh : 17 Januari 2016 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang
Pengerusi : Encik Jalaludin bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Jemputan kehadiran :
1.            GPK Hal Ehwal Murid
2.            GPK Kokurikulum
3.            GBK Sepenuh Masa

Sekian, terima kasih.

Pegawai Perhubungan Sekolah UPPK PPD Hulu Terengganu 2016


Wednesday 13 January 2016

MUAT TURUN 'SLIDE' PEMBENTANGAN PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016 KPM

Muat Turun 'Slide'
Pembentangan Perutusan Tahun Baharu 2016 KPM
oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia

http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5130



Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tuesday 5 January 2016

BTPN Terengganu 2015 | Konsert 'Gegar Kirana' JPNT 2015

MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR : MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU 2016


En. Mohd Hasan bin Mat Rahim                    - PPD Hulu Terengganu
En.Hasmasuhaimi bin Sulaiman@Hashim    - PPD Hulu Terengganu
En. Azmi bin Mahmud                                    - PPD Hulu Terengganu
En. Mohd Farid bin Yunos                              - PPD Hulu Terengganu
En. Hasim bin Harun                                      - PPD Hulu Terengganu
En.Wan Rozlan bin Wan Omar                      - SMK Menerong
En. Amri bin Ali                                               - SK Kuala Berang
Pengetua SMK Tengku Ampuan Intan
Pengetua SMK Ajil
Pengetua SMK Bukit Diman
Pengetua SMK Jenagor
Pengetua SMK Kuala Jenderis
Pengetua SMK Kuala Telemong
Pengetua SMK Landas
Pengetua SMK Matang
Pengetua SMK Menerong
Pengetua SMK Seri Berang
Pengetua SMK Tun Indera
Pengetua SMK Tapu
Pengetua SM IMTIAZ
Pengetua SMA Mahmudiah
Pengetua MRSM Kuala Berang
Pengetua SM Sains Hulu Terengganu
Guru Besar SK Seri Buluh
Guru Besar SK Ajil
Guru Besar SK Tapah
Guru Besar SK Felda Tersat
Guru Besar SK Kuala Ping

Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Terengganu  2016 akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh              : 5 Januari   2016 (Selasa )
Masa               : 2.30 Petang.
Tempat            : Bilik Mesyuarat Pendahulu PPDHT
Pengerusi        : Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

            1       Ucapan Pengerusi
            2       Pelantikan Jawatankuasa Tadbir dan Pengerusi Teknik MSSDHT 2016
            3       Laporan pencapaian MSSDHT 2015
            4       Takwim MSSDHT / MSST / MSSM 2016
            5       Pengerusi Pertandingan MSSDHT 2016
            6       Tugasan Pengelola / Pengerusi Teknik
            7       Contoh laporan
            8       Hal-hal lain

Sunday 3 January 2016


Perutusan Tahun Baru Sempena Sesi Persekolahan Tahun 2016 Oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu


PERUTUSAN KHAS SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016 OLEH YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR TERENGGANU


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam Transformasi Terengganu Baharu
Salam Sehati Sejiwa

Pendahuluan
1. Alhamdulillah, saya menadah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya saya dapat manyampaikan perutusan sempena permulaan sesi persekolahan tahun 2016 bagi sekolah-sekolah di negeri Terengganu. Sempena tibanya tahun baharu 2016, saya serta barisan kepimpinan negeri Terengganu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2016 dan selamat memulakan sesi persekolahan yang baharu. Lumrahnya bila kita berada di ambang tahun baharu, maka azam dalam diri turut sama diperbaharui. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih memilih kita meneruskan kehidupan di bumi tercinta ini.

2. Sepanjang tahun 2015 sektor pendidikan negeri Terengganu telah banyak memahat sejarah kecemerlangan, peningkatan bilangan dan kualiti bergerak seiring. Kita cukup bangga dengan paparan prestasi ini. Tahniah warga pendidik, jasa anda amat dihargai. Kerja keras warga pendidik sepanjang tahun dihargai dengan pengumuman pencapaian prestasi terbaik dalam peperiksaan.

Kenangan manis

3. Pada tahun 2015 negeri Terengganu telah mencatatkan pencapaian terbaik dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pada 14 Disember yang lalu calon-calon PT3 yang mendapat semua A telah mencipta lonjakan berganda daripada 233 calon kepada 699 calon. Semuanya ini menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat di negeri ini. Anak-anak pelajar Terengganu bukan sekadar berjaya membuktikan kehebatan akademik semata-mata malah sinar kecemerlangan mereka ternyata di bidang ko-kurikulum. Ada yang telah berjaya menaiki pentas penghargaan di peringkat antarabangsa.

4. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, apa yang kita pacu dalam
perkembangan pendidikan di negeri Terengganu menepati dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Melahirkan insan seimbang menjadi keutamaan. Inilah perjuangan warga pendidik sentiasa memilki ‘jurus’ yang tidak mudah beralih arah, lalu meresap disegenap hati dan jiwa.
Sebab itu semasa saya berkecimpung dengan kerjaya murni ini, kita sering diingati oleh Allahyarham Dato’ Hj. Razali Ismail mantan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, katanya “semua orang boleh bercakap, tetapi percakapan guru ada seninya, ramai orang boleh mengajar tetapi pengajaran seorang guru ada rohnya.” Pengalaman yang dikutip masa lalu walaupun menjadi sejarah namun sangat membantu saya dalam melaksanakan amanah yang kini disandang. Benar sekali kemahiran seorang guru tiada tandingnya. Anda terpilih melibatkan diri dengan profesion yang professional.

Terengganu Negeri Anjung Ilmu

5. Tepat sekali nama Terengganu Negeri Anjung Ilmu dislogankan sebagai titik temu
permuafakatan bijak di kalangan pemikir-pemikir berilmu untuk menyusun suatu gerak kerja berskala mega memperkasakan kualiti pendidikan anak negeri. Kini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melengkapkan lagi alur tuju ke destini kecemerlangan di persada tinggi dengan ‘Memperkasakan Transformasi Pendidikan’. Kita percaya ini bukan sekadar slogan tetapi sebagai pemangkin membina ‘hala tuju sut’ kepada semua warga pendidik agar sentiasa termotivasi dengan matlamat pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu sendiri.

6. Saya penuh yakin melalui perancangan strategik yang direncanakan oleh pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pembangunan pendidikan anak-anak Terengganu sentiasa terjaga dari segi kuantiti dan kualiti. Bukan sekadar memadai melahirkan para pelajar berjaya menggenggam sijil yang cemerlang, malah kehebatan mereka diperkukuhkan lagi dengan ilmu serta kemahiran manusiawi. Melalui ramuan pendekatan yang pelbagai corak, anak-anak pelajar Terengganu akan terbangunkan sahsiahnya supaya pembangunan minda terlihat nyata serta menepati ciri-ciri lahirnya seorang pelajar yang beradab mulia.

7. Buku Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif, karya Ainon Mohd. & Abdullah Hassan ada menyatakan, ‘kemahiran menyelesaikan masalah ialah salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan maupun kegagalan seseorang’ pandangan ini sangat penting untuk kita serasikan dengan kehendak pasaran tenaga kepakaran kerjaya sekarang. Pasaran setiap profesion zaman ini akan memberi keutamaan kepada calon yang memiliki daya fikir tinggi dan kreatif. Oleh sebab itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang menubuhkan ‘Smart Support Team’ (SST) merupakan langkah yang saujana bijaknya. Pasukan ini terdiri daripada para kaunselor terlatih yang antara lain sanggup menghulur khidmat bakti membina kecergasan minda, merawat emosi serta melatih anak-anak pelajar Terengganu memiliki akal budi mulia dan berfikiran tajam. Alhamdulillah syukur, terima kasih dan tahniah kepada pasukan kaunselor yang suatu ketika juga turut meredah banjir bersama-sama pasukan penyelamat pada akhir tahun 2014. Mereka bergerak dari daerah ke daerah, kampung ke kampung, merekalah yang banyak melaksanakan untuk merawat kecelaruan fikir anak-anak pelajar dan keluarga yang memerlukan. Sumbangan ini nampak kecil bagi kita tetapi saya percaya ia sangat besar kepada mereka yang berada dalam suasana sedih dan muram. Sesungguhnya kerajaan amat bangga dengan khidmat bakti tuan-tuan semua.

Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Pemacu Pembangunan

8. “Demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al-Anfal 8:53)

Inilah asas perubahan yang kita terapkan dalam setiap langkah perjuangan pendidikan negeri Terengganu. Prinsip kelapan (8) ‘Memperkasa Pendidikan’ dinyatakan dengan jelas arah tuju kerajaan. Kualiti pendidikan anak-anak pelajar Terengganu sentiasa diutamakan. Jalinan permuafakatan antara kerajaan dengan warga pendidik sentiasa rancak dan segar. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah memainkan peranan yang cukup besar untuk menggerakkan segenap jentera dan tenaga demi mengekalkan lonjakan prestasi cemerlang dalam sektor pendidikan di peringkat kebangsaan.

Bagi pihak kerajaan, kami barisan kepimpinan yang ada akan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa ada halangan walaupun iklim ekonomi negeri kita kini tidak memberangsangkan. Kekuatan sesebuah bangsa dan negara pastinya bergantung kepada rakyat yang berilmu. Ilmu bagaikan sebuah lebuhraya yang menyediakan keselesaan dalam kembara menuju destinasi pilihan. Sesungguhnya dengan ilmu hidup rakyat menjadi mudah, dengan iman hidup kita menjadi terarah, sebab itulah pihak kerajaan sentiasa bersama warga pendidikan sepanjang masa untuk memastikan hasrat murni ini menjadi nyata.

9. Saya sangat memahami segala rentak cabaran, dugaan malah bebanan yang terpaksa digalas oleh para guru. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, inilah bandingan pengorbanan seorang guru. Memanusiakan manusia bukan kerja yang alang kepalang, diperah segenap daya fikir yang ada, digali khazanah kaedah yang tersimpan, disuluh segenap petak ruang yang gelap, demi membolehkan anak muridnya mampu bertatih dalam bercakap, membaca, menulis dan mengira. Ingatlah ini semua bukan lagi menjadi kepayahan bagi kita. Biarlah tidur beralaskan lengan, biarlah sejuk dibasahi embun juga panas mentari tanpa ada tempat berteduh, demi kesejahteraan murid akan dijadikan sebagai peluang menabur bakti kepada rakyat dan negara. Syabas warga guru budiman. Kami barisan kepimpinan yang ada sangat bertuah berkhidmat bersama anda di negeri tercinta ini. Teringat saya akan kata-kata semangat YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu majlis di PWTC sempena perhimpunan agung yang lalu, ‘patah sayap bertongkatkan paruh, patah paruh bertongkatkan lutut, biar berceracak panah dan lembing nasib bangsa tetap dibela’. Terima kasih cikgu. Kegigihan kalian berjaya menempa gema kecemerlangan yang menyelinap masuk ke setiap ruang pengharapan.

Pesanan dan Harapan

10. Negeri Terengganu telah memahat sejarah mencipta tamadun dalam pencapaian cemerlang sektor pendidikan. Samada peringkat Ujian PenilaianSekolah Rendah, PT3, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, kita tetap teguh dipentas jaya. Kejayaan ini semua disebabkan oleh pengorbanan guru yang rela ‘berjuang sampai ke hujung nyawa’. Bersamalah kita memadu janji dan tekad biar luka berdarah sakit merana, soal pendidikan rakyat tetap digalas dan dikelek. Ini pejuang memartabatkan sebuah bangsa. Kita tidak boleh lagi bertangguh, masa pantas bergerak dalam pelbagai medium perubahan. Jangan sampai kita dihambat dan ketinggalan zaman, nanti dikepung oleh orang yang fakir fikir. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

11. Jadilah guru hebat yang berupaya menyediakan ruang tadahan ilmu duniawi dan ukhrawi kepada para pelajar. Inilah harapan kerajaan dan rakyat, ingin sekali melihat bakal pewaris kepimpinan masa depan dibangunkan dengan ilmu dan kemahiran
penuh di dada. Dalam hal ini saya sekali lagi tanpa ragu menaruh keyakinan tinggi kepada para pendidik yang sentiasa sanggup menerima asakan dan cabaran perubahan pendidikan melangkaui sempadan tugas hakiki. Ini sebuah pengorbanan yang tersirat dalam slogan ‘Memperkasa Transformasi Pendidikan’, memang benar untuk berubah perlu ada pengorbanan.

Persoalan yang sentiasa menghantui benak fikiran ialah adakah kita mahu berkorban. Dalam apa jua tindakan keinginan atau kemahuan menjadi titik mula untuk mengorak mendaki tangga kejayaan.

12. Warga guru telah dilatih secara professional dalam penguasaan ‘content knowledge and pedagogical knowledge’ (dengan izin), sebab itulah langkah yang diatur dalam setiap pengajaran mereka tidak ada yang sumbang atau menyimpan daripada ikatan ethos seorang pendidik. Semuanya disandarkan kepada prinsip;

Yang jelas dan betul mesti dipatuhi,
Yang jelas salah mesti ditinggalkan,
Yang samar bertanyalah kepada ahli.

Meneliti bait-bait puisi Guru Oh Guru karya Osman Awang (1979), antaranya;

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa.

13. Guru bukan sebagai kerjaya tapi sebuah kehidupan yang penuh pengharapan.
Ibarat menabur benih segenggam kepingin melihat suburnya padi sebendang, hampa merana jika yang ditabur tumbuhnya lalang saujana pandangan. Jangan biarkan begini jadinya.

Gerakan secara muafakat pastinya membawa berkat. Walau pun sekadar mengajar mengenal satu huruf atau satu nombor sahaja tetapi kepada ibubapa besar maknanya. Bila boleh membaca A, B, C, Alif, Ba, Ta, dan membilang 1, 2, dan 3, maka seisi keluarga bertempik gembira, tak tergambar secara ucapan tutur kata, malah menadah syukur dengan linangan air mata gembira, kepada yang lambat mendapat cahaya perlulah pujuk kesabaran di dada. Insya Allah dipermudahkan sebarang hajat yang dipinta.

14. Menjelang sesi kembali ke sekolah tahun 2016, sukalah saya menyampaikan pesan kepada para ibubapa. Binalah hubungan yang baik dengan pihak sekolah, sering-seringlah bertanya khabar juga memberi sokongan kepada para guru dan pihak pengurusan yang cekal berdiri di depan kelas mendidik mengajar anak bangsa kita. Hubungan bijaksana sebegini mampu melahirkan suasana ceria dan mesra sesama kita. Ini adalah asas penting dalam memahami makna SOLIDARITI. Marilah bersama menyempurnakan sebuah perjuangan yang menjanji kesudahan hidup bahagia di masa hadapan.

Mengakhiri Perutusan

15. Mengakhiri tahun 2015 Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah berjaya
menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) negeri Terengganu. Pencapaian luar biasa ini membangga seluruh rakyat di serata daerah.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana menghadiahkan anugerah yang bermakna ini kepada kerajaan dan rakyat. Sebenarnya kejayaan ini adalah kejayaan yang dicipta oleh seluruh warga pendidik dengan sokongan padu daripada Persatuan ibubapa Guru ( PIBG) di setiap lapangan secara istiqamah. Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua pihak di sektor pendidikan yang sentiasa komited dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Kesungguhan tuan-tuan saya sangat sanjungi, maka bila tibanya tahun baharu 2016 marilah kita perteguhkan lagi semangat berusaha secara kerjasama demi mencipta kejayaan yang lebih manis. Kita akan gunakan segala  kemudahan yang ada, biarlah dalam suasana serba kekurangan kita akan buktikan pasukan pendidikan negeri Terengganu tidak mudah beralah dan luntur semangat juangnya. Kita telah terbudaya dengan bekerja tanpa meletak laba upah dihadapan. Apa yang kita harapkan petunjuk daripada Allah SWT supaya mempermudahkan perjalanan anak-anak pelajar Terengganu ke puncak jaya.

16. Anak-anak pelajar yang akan menempuh alam persekolahan yang baharu, sematkan azam didada, biarlah kedatangan tahun baharu 2016 menjadikan titik mula mengumpul semangat jitu untuk menempa kejayaan cemerlang. Penuhilah harapan keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan masa depan anda. Ibubapa tidak mendamba banyak perkara, hanya ingin melihat anak-anak mereka bahagia walau di mana jua berada. Jangan sekali-kali mengalah sebelum berjuang, jangan sekali-kali terpengaruh dengan rempuhan perkara-perkara yang boleh membawa kemusnahan masa depan. Ingatlah tidak ada kejayaan tanpa adanya ujian.Andainya sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.

Bangkitlah dengan tabah dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya setiap manausia ada kehebatan tersendiri. Apa yang penting kenalilah potensi diri sendiri. Ingatlah orang yang hebat akan mengubah halangan dihadapan sebagai peluang keemasan.

Selamat bertugas para guru budiman
Selamat sejahtera ibubapa yang dihormati
Selamat belajar anak-anak pelajar yang cekal hati
Selamat berada di sesi persekolahan tahun 2016 yang sedia menanti

Saya, isteri dan barisan kepimpinan negeri Terengganu mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas di atas perkhidmatan terpuji warga guru kepada kerajaan dan rakyat disegenap pelusuk negeri.

Sesungguhnya kepada Allah saya berserah

YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN

*Sumber - Facebook Rasmi Ahmad Razif Abd Rahman

BTPN Terengganu 2015 | Perutusan Awal Tahun 2016 Pengarah Pendidikan Ter...