Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday 31 December 2014

Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Banjir Daripada Warga PPD Hulu Terengganu

Hari ini...

Alhamdulillah... Tahniah dan Syabas...




Sempena
Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Anugerah Kecemerlangan 2014
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

Datang dan Pergi.....

Pertukaran Masuk Ke Unit Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan PPD Hulu Terengganu


Encik Azmi bin Mahmud (Berkuatkuasa 01 Disember 2014)
Pen. Pegawai Pendidikan Daerah (Pengurusan Sukan),
PPD Hulu Terengganu
dari
SMK Tun Indera, Hulu Terengganu



Pertukaran Keluar dari Unit Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan PPD Hulu Terengganu

Encik Suhaimi bin Wahab (Berkuatkuasa 16 Disember 2014)
Guru Besar, SK Guntung Setiu, Terengganu.

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


Dipetik daripada Laman Sesawang Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 19 November 2014

Gerakan EKSA Zon 3 PPD Hulu Terengganu

Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
a)meningkatkan imej korporat;
b)menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan ‘Go Green’;
c)menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan stakeholders;
d)memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
e)memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian organisasi/ agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan ‘one-size-fits-all’ yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.

Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.


Monday 21 July 2014

Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2014

Tarikh : 20 hingga 22 Julai 2014
Lokasi : Mega View Hotel, Kuantan, Pahang Darul Makmur

Sekolah-sekolah Hulu Terengganu yang terlibat:

  1. SK Dusun
  2. SK Menerong
  3. SK Pasir Nering
  4. SK Nibong
  5. SK Bukit Tadok
  6. SK Kemat
  7. SK Pereh
  8. SK Kuala Jenderis
  9. SK Betong
  10. SK Sungai Berua
  11. SK Tengkawang
  12. SK Kua
  13. SK FELDA Mengkawang
  14. SK Kuala Telemong
  15. SK Lubok Periuk
  16. SK Lerek

Sunday 20 July 2014

ARAHAN MENGIBAR BENDERA SEPARUH TIANG BERIKUTAN TRAGEDI MH17 DI SELURUH PREMIS KPM


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,


Selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada jam 11.20 malam, 18 Julai 2014 berkenaan tragedi nahas MH17, di mana beliau telah mengisytiharkan semua bangunan dan premis di seluruh negara mengibarkan bendera separuh tiang mulai 18 Julai 2014 sehingga Isnin, 21 Julai 2014 sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa tragedi tersebut, semua Ketua Jabatan, Pengarah Pendidikan Negeri, Naib Canselor IPTA serta Ketua Eksekutif adalah diminta untuk melaksanakan arahan ini dengan segera.

TAN SRI DR MADINAH MOHAMAD
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

19 Julai 2014


Dipetik daripada:
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Monday 7 July 2014

Struktur Organisasi Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Hulu Terengganu Tahun 2014

Ketua Unit :
Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, PPPD (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan)

HEM :
Puan Zaiton binti Mohd Zaki, PPPD (Hal Ehwal Murid)

Encik Mohd Pauzi bin Abdul Rahman, Penyelia Hal Ehwal Murid

PPDa :
Encik Esham bin Busu, PPPD (Pendidikan Pencegahan Dadah)

Sukan :
Encik Wan Azali bin Wan Yusof, PPPD (Sukan)
Encik Wan Mahadi bin Mohd Salim, Penyelia Sukan

Ko Akademik :
Encik Sohaimi bin Abd. Wahab, PPPD (Ko Akademik)

Kokurikulum :
Encik Fariz @ Mohd Fariz bin Ghazali