Unit Kokurikulum di lapangan secara am:
- Membantu perkembangan personaliti murid melalui kegiatan kokurikulum di sekolah
- Menyelaras dan memantau program pembangunan dan pengembangan Kegiatan Pendidikan Luar dan Pasukan Pakaian Seragam
- Menyelaras dan mengelola program peningkatan kepimpinan dan pengurusan Persatuan/Kelab
- Mengelola Program dan Aktiviti Peningkatan Penggunaan Bahasa melalui Kegiatan Kokurikulum Akademik Bahasa
- Mengelolakan kegiatan kebudayaan dan kesenian melalui aktiviti Kesenian dan Muzik - Menyelaras dan mengelola Program Penggalakan Sains, Teknologi dan Matematik
- Menyelaras program pertukaran murid antarabangsa -Menyelaras aktiviti kelab dan persatuan
Visi
Melahirkan “Generasi Modal Insan” yang berilmu dan
berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015.
Misi
Menjadikan Pengurusan dan Kepimpinan Unit Kokurikulum
berkualiti dengan :-
- Mengukuhkan pasukan pemantau kokurikulum Jabatan Pelajaran Pulau Pinang dengan ilmu pengajaran dan pembelajaran bidang kokurikulum yang lengkap agar dapat membantuselia bidang kokurikulum di sekolah dengan sifar masalah.
- Mensasarkan arahtuju mengikut garis panduan dan pengetahuan pengajaran bertaraf antarabangsa demi meningkatkan tahap kecekapan dan pengikhtirafan guru pemimpin, penasihat dan jurulatih utama bidang kokurikulum di sekolah agar berketrampilan, kompeten dan bertaraf dunia.
- Menggunakan kemudahan, peruntukan dan infrastruktur yang sedia ada ke arah pembangunan insaniah dan meliputi penggunaan media penyampaian maklumat serta laporan yang tepat dengan cekap.
- Meningkatkan pengurusan bidang kokurikulum yang berasaskan pembinaan modal insan menepati asas gerakerja kokurikulum kementerian sambil memastikan semua pelajar berpeluang mengembangkan bakat dan potensi agar memiliki nilai-nilai murni, jati diri, integrasi, berdisiplin serta bertanggungjawab demi memenuhi hasrat negara ke arah merealisasikan Wawasan 2020.
Penyelia Kokurikulum
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu
No comments:
Post a Comment