Glitter Text Generator at TextSpace.net

PPDa

Penyataan Dasar

Dasar Pendidikan Pencegahan Dadah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian adalah dasar mengenai keperluan murid, guru, kakitangan dan ibu bapa untuk menerima pendidikan pencegahan dadah bagi memastikan institusi pendidikan bebas dadah yang merupakan salah satu objektif Dasar Dadah Negara.  Dasar ini dilaksanakan melalui empat pendekatan utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah.

Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012”.

Fungsi

  • Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.
  • Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
  • rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.
  • Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.
  • Pengurusan Hubungan Luar

Encik Esham bin Busu
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu

No comments:

Post a Comment