Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday 7 February 2015

Majlis Penyerahan Bendera MSSD Hulu Terengganu 2015


06 Februari 2015 (Jumaat): Majlis penyerahan bendera MSSD Hulu Terengganu telah diadakan secara ringkas di Dewan SMK Menerong. Bendera telah diserahkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, PPPD (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) kepada Puan Hajjah Kamariah binti Mamat, Pengetua SMK Menerong selaku pengurus Kontinjen Merentas Daerah Hulu Terengganu.

Kontinjen ini telah dibarisi oleh seramai 36 orang atlit daripada pelbagai kategori. Latihan pusat telah diadakan selepas Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD HT yang lalu.

Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSN Terengganu akan diadakan pada 07 Februari 2015 (Sabtu) bertempat di SMK Seri Bandi, Kemaman.


Foto: Encik Azmi Mahmud (PPPD Sukan)
Wartawan: Encik Wan Mahadi bin Mohd Salim (Penyelia Sukan)

Thursday 5 February 2015

Tahniah dan Syabas.....Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu


'Tag Line' PPD Hulu Terengganu 2015



Telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu pada 04 Februari 2015 (Rabu) bertempat di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.

Tuesday 3 February 2015

Keputusan Kejohanan Badminton MSSM Daerah hulu Terengganu 2015


Kategori B15 & B18 dijalankan di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.
Kategori B12 dijalankan di Dewan SMK Tun Indera, Kuala Berang.