Glitter Text Generator at TextSpace.net

Sunday 14 February 2016

HEBAHAN : Perkhidmatan Kaunter Pusat Khidmat Pelanggan (OSC)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan perkhidmatan kaunter Pusat Khidmat Pelanggan (OSC) bagi memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabtan/Agensi di bawah KPWKM.

Untuk makluman tuan/puan, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pendaftaran kad OKU, semakan status permohonan, membuat aduan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan KPWKM dan agensi termasuk khidmat nasihat dan kaunseling. OSC ini dibuka pada setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Sebarang pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi saya di talian 03-83231087 atau Puan Suzana Md Jamin di talian (03-83231105) atau e-mel kepada suzana@kpwkm.gov.my. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


No comments:

Post a Comment