Gerbang Maya Rasmi Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Semua maklumat berkaitan Hal Ehwal Murid, Pendidikan Pencegahan Dadah, Kokurikulum, Ko Akademik dan Sukan akan disiarkan melalui laman maya ini. Alamat surat menyurat : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang Nombor Telefon : 096811344/6817449 Nombor Faks : 09-6811090
Tuesday, 26 January 2016
Keputusan Rasmi Kejohanan Merentas Desa MSSD Hulu Terengganu 2016
KATEGORI L12 | |||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | KHAI ZAFRAN BIN KHAIRUAZMAN | 23:51 | SK BUKIT PERAH |
2 | MUHAMMAD ABRISYAM NOOR BIN MOHD NOOR | 24:07 | SK TELAGA |
3 | MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MOHAMAD BAKRI | 24:43 | SK BUKIT APIT |
4 | MUHAMMAD IZHAM HAKIM BIN KAMAL AZRUL | 24:45 | SK BUKIT PERAH |
5 | MUHAMMAD NASRULLAH BIN JUNAIDI | 24:46 | SK TELAGA |
6 | AMIRUL RUSLI FARAMIE BIN ASMAWI | 24:47 | SK LKTP BUKIT BADING |
KATEGORI P12 | |||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | NUR ABYADINA IRISHA BT MOHD MAZUKI | 28:00 | SK TANGGOL |
2 | NUR SYAZULIANA BT AMRAN | 29:54 | SK BUKIT PERAH |
3 | NUR AIN INSYIRAH BINTI MOHD ZAMRI | 29:58 | SK TELAGA |
4 | AMIRAH MURFIQAH AINA BT MOHD ADNAN | 35:00 | SK PASIR NERING |
5 | NURUL SYAZWINA BT ZIO @ MOHAMAD | 35:02 | SK MENERONG |
6 | NURUL HAFIZATUN WAHIDAH BINTI RAZAK | 35:30 | SK SUNGAI BULOH |
KATEGORI L15 | |||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | MUHAMMAD ALIF NAJMI BIN RADZUAN | 26:43 | SMK MATANG |
2 | CHE MUHAMMAD FAREEZ BIN CHE AZMI | 28:54 | SMK MATANG |
3 | MOHD SHAHRUL ASHRAF BIN WAHAB | 29:20 | SMK MENERONG |
4 | MOHD NOR HAZMI BIN ZARAWI | 29:33 | SMK AJIL |
5 | MUHAMMAD HASRUL HAFIZUDDIN BIN HASPUNAI | 30:03 | SMK JENAGOR |
6 | MUHAMMAD FAUZAN BIN ABU BAKAR | 30:05 | SMK MENERONG |
KATEGORI P15 | |||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | AISYAH AFIQAH BT HALIZAN | 31:46 | SMK MATANG |
2 | NUR ANIS FARHANA BT MOHD ZAMMIL | 38:12 | SMK SERI BERANG |
3 | NOR FAIZAH BT AMIN | 38:14 | SMK MATANG |
4 | MARINA BINTI ABU OTHMAN | 38:36 | SMK MATANG |
5 | NUR AIN FATIHAH BINTI ABDUL RASYID | 39:44 | SMK JENAGOR |
6 | NUR NADIA NAJIHAH BT ABU KHALID | 40:30 | SMK MATANG |
KATEGORI L18 |
|||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | HARITH RIDWAN BIN AHMAD | 31:00 | SMK JENAGOR |
2 | AHMAD FAIQ NAJMIE BIN JAMALUDIN | 31:20 | SMK JENAGOR |
3 | MOHAMAD FAKRUZIL BIN AB GHANI | 31:20 | SMK JENAGOR |
4 | MUHAMMAD FAKHARUDDIN BIN MOHD NAJIB | 31:37 | SMK AJIL |
5 | ZULHILMI BIN YUSOF | 32:02 | SMK KUALA TELEMONG |
6 | MUHAMMAD ALIF ASYRAF BIN ISMAIL | 32:04 | SMK MENERONG |
KATEGORI P18 | |||
KED. | NAMA | MASA | SEKOLAH |
1 | QURATU AIN BT MOHD KIS DINUMA | 36:53 | SMK MATANG |
2 | ALIA NATASHA BT ZULKIFLI | 40:42 | SMK KUALA JENDERIS |
3 | NUR HIDAYAH BINTI ABU BAKAR | 40:46 | SMK JENAGOR |
4 | NURUL ATHIRAH BT YEUSLY | 40:59 | SMK KUALA JENDERIS |
5 | NUR HIDAYAH BT AZIZ | 41:15 | SMK SERI BERANG |
6 | NUR FATIHAH BT ISMAIL | 41:53 | SMK TUN INDERA |
Friday, 22 January 2016
Sunday, 17 January 2016
MESYUARAT PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN PPD HULU TERENGGANU BIL. 1 TAHUN 2016
Tarikh : 17 Januari 2016 (Ahad)
Masa :
10.00 pagi
Tempat : Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan
Intan, Kuala Berang
Pengerusi :
Encik Jalaludin bin Ismail, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu
Jemputan kehadiran :
1. GPK Hal
Ehwal Murid
2. GPK
Kokurikulum
3. GBK
Sepenuh Masa
Sekian, terima kasih.
Wednesday, 13 January 2016
MUAT TURUN 'SLIDE' PEMBENTANGAN PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2016 KPM
Muat Turun 'Slide'
Pembentangan Perutusan Tahun Baharu 2016 KPM
oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5130
Pembentangan Perutusan Tahun Baharu 2016 KPM
oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia
http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5130
Diterbitkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Monday, 11 January 2016
Wednesday, 6 January 2016
Tuesday, 5 January 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA TADBIR : MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH HULU TERENGGANU 2016
En. Mohd Hasan bin Mat Rahim - PPD Hulu Terengganu
En.Hasmasuhaimi
bin Sulaiman@Hashim - PPD Hulu
Terengganu
En. Azmi bin
Mahmud -
PPD Hulu Terengganu
En. Mohd
Farid bin Yunos -
PPD Hulu Terengganu
En. Hasim
bin Harun -
PPD Hulu Terengganu
En.Wan
Rozlan bin Wan Omar -
SMK Menerong
En. Amri bin
Ali -
SK Kuala Berang
Pengetua SMK
Tengku Ampuan Intan
Pengetua SMK
Ajil
Pengetua SMK
Bukit Diman
Pengetua SMK
Jenagor
Pengetua SMK
Kuala Jenderis
Pengetua SMK
Kuala Telemong
Pengetua SMK Landas
Pengetua SMK Matang
Pengetua SMK Menerong
Pengetua SMK Seri Berang
Pengetua SMK Tun Indera
Pengetua SMK Tapu
Pengetua SM IMTIAZ
Pengetua SMA Mahmudiah
Pengetua MRSM Kuala Berang
Pengetua SM Sains Hulu Terengganu
Guru Besar SK Seri Buluh
Guru Besar SK Ajil
Guru Besar SK Tapah
Guru Besar SK Felda Tersat
Guru
Besar SK Kuala Ping
Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu
Terengganu 2016 akan diadakan sebagaimana berikut:-
Tarikh
: 5 Januari 2016 (Selasa )
Masa
: 2.30 Petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat Pendahulu PPDHT
Pengerusi
: Pegawai Pendidikan Daerah Hulu
Terengganu
Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1 Ucapan Pengerusi
2 Pelantikan Jawatankuasa Tadbir dan
Pengerusi Teknik MSSDHT 2016
3 Laporan pencapaian MSSDHT 2015
4 Takwim MSSDHT / MSST / MSSM 2016
5 Pengerusi Pertandingan MSSDHT 2016
6 Tugasan Pengelola / Pengerusi Teknik
7 Contoh laporan
8 Hal-hal lain
Sunday, 3 January 2016
PERUTUSAN KHAS SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016 OLEH YAB DATO’ SERI MENTERI BESAR TERENGGANU
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat sejahtera
Salam 1 Malaysia
Salam Transformasi Terengganu Baharu
Salam Sehati Sejiwa
Pendahuluan
1. Alhamdulillah, saya menadah syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah izin-Nya saya dapat manyampaikan perutusan sempena
permulaan sesi persekolahan tahun 2016 bagi sekolah-sekolah di negeri
Terengganu. Sempena tibanya tahun baharu 2016, saya serta barisan kepimpinan
negeri Terengganu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat
menyambut Tahun Baru 2016 dan selamat memulakan sesi persekolahan yang baharu.
Lumrahnya bila kita berada di ambang tahun baharu, maka azam dalam diri turut sama
diperbaharui. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih
memilih kita meneruskan kehidupan di bumi tercinta ini.
2. Sepanjang tahun 2015 sektor pendidikan negeri
Terengganu telah banyak memahat sejarah kecemerlangan, peningkatan bilangan dan
kualiti bergerak seiring. Kita cukup bangga dengan paparan prestasi ini.
Tahniah warga pendidik, jasa anda amat dihargai. Kerja keras warga pendidik
sepanjang tahun dihargai dengan pengumuman pencapaian prestasi terbaik dalam peperiksaan.
Kenangan
manis
3. Pada tahun 2015 negeri Terengganu telah mencatatkan
pencapaian terbaik dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM), Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan pada 14
Disember yang lalu calon-calon PT3 yang mendapat semua A telah mencipta
lonjakan berganda daripada 233 calon kepada 699 calon. Semuanya ini menjadi
kebanggaan kepada seluruh rakyat di negeri ini. Anak-anak pelajar Terengganu bukan
sekadar berjaya membuktikan kehebatan akademik semata-mata malah sinar kecemerlangan
mereka ternyata di bidang ko-kurikulum. Ada yang telah berjaya menaiki pentas
penghargaan di peringkat antarabangsa.
4. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat,
apa yang kita pacu dalam
perkembangan pendidikan di negeri Terengganu menepati
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Melahirkan insan seimbang menjadi
keutamaan. Inilah perjuangan warga pendidik sentiasa memilki ‘jurus’ yang tidak
mudah beralih arah, lalu meresap disegenap hati dan jiwa.
Sebab itu semasa saya berkecimpung dengan kerjaya murni
ini, kita sering diingati oleh Allahyarham Dato’ Hj. Razali Ismail mantan
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, katanya “semua orang boleh bercakap,
tetapi percakapan guru ada seninya, ramai orang boleh mengajar tetapi pengajaran
seorang guru ada rohnya.” Pengalaman yang dikutip masa lalu walaupun menjadi
sejarah namun sangat membantu saya dalam melaksanakan amanah yang kini
disandang. Benar sekali kemahiran seorang guru tiada tandingnya. Anda terpilih melibatkan
diri dengan profesion yang professional.
Terengganu
Negeri Anjung Ilmu
5. Tepat sekali nama Terengganu Negeri Anjung Ilmu
dislogankan sebagai titik temu
permuafakatan bijak di kalangan pemikir-pemikir berilmu
untuk menyusun suatu gerak kerja berskala mega memperkasakan kualiti pendidikan
anak negeri. Kini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu melengkapkan lagi alur
tuju ke destini kecemerlangan di persada tinggi dengan ‘Memperkasakan
Transformasi Pendidikan’. Kita percaya ini bukan sekadar slogan tetapi sebagai
pemangkin membina ‘hala tuju sut’ kepada semua warga pendidik agar sentiasa
termotivasi dengan matlamat pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu itu
sendiri.
6. Saya penuh yakin melalui perancangan strategik yang
direncanakan oleh pengurusan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pembangunan
pendidikan anak-anak Terengganu sentiasa terjaga dari segi kuantiti dan
kualiti. Bukan sekadar memadai melahirkan para pelajar berjaya menggenggam
sijil yang cemerlang, malah kehebatan mereka diperkukuhkan lagi dengan ilmu
serta kemahiran manusiawi. Melalui ramuan pendekatan yang pelbagai corak, anak-anak
pelajar Terengganu akan terbangunkan sahsiahnya supaya pembangunan minda terlihat
nyata serta menepati ciri-ciri lahirnya seorang pelajar yang beradab mulia.
7. Buku Menyelesaikan Masalah Secara Kreatif, karya Ainon
Mohd. & Abdullah Hassan ada menyatakan, ‘kemahiran menyelesaikan masalah
ialah salah satu faktor utama yang menentukan kejayaan maupun kegagalan
seseorang’ pandangan ini sangat penting untuk kita serasikan dengan kehendak
pasaran tenaga kepakaran kerjaya sekarang. Pasaran setiap profesion zaman ini
akan memberi keutamaan kepada calon yang memiliki daya fikir tinggi dan
kreatif. Oleh sebab itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang menubuhkan
‘Smart Support Team’ (SST) merupakan langkah yang saujana bijaknya. Pasukan ini
terdiri daripada para kaunselor terlatih yang antara lain sanggup menghulur
khidmat bakti membina kecergasan minda, merawat emosi serta melatih anak-anak
pelajar Terengganu memiliki akal budi mulia dan berfikiran tajam. Alhamdulillah
syukur, terima kasih dan tahniah kepada pasukan kaunselor yang suatu ketika
juga turut meredah banjir bersama-sama pasukan penyelamat pada akhir tahun
2014. Mereka bergerak dari daerah ke daerah, kampung ke kampung, merekalah yang
banyak melaksanakan untuk merawat kecelaruan fikir anak-anak pelajar dan
keluarga yang memerlukan. Sumbangan ini nampak kecil bagi kita tetapi saya percaya
ia sangat besar kepada mereka yang berada dalam suasana sedih dan muram. Sesungguhnya
kerajaan amat bangga dengan khidmat bakti tuan-tuan semua.
Transformasi
Terengganu Baharu (TTB) Pemacu Pembangunan
8. “Demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah
sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya
kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS
Al-Anfal 8:53)
Inilah asas perubahan yang kita terapkan dalam setiap
langkah perjuangan pendidikan negeri Terengganu. Prinsip kelapan (8)
‘Memperkasa Pendidikan’ dinyatakan dengan jelas arah tuju kerajaan. Kualiti
pendidikan anak-anak pelajar Terengganu sentiasa diutamakan. Jalinan permuafakatan
antara kerajaan dengan warga pendidik sentiasa rancak dan segar. Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu telah memainkan peranan yang cukup besar untuk menggerakkan
segenap jentera dan tenaga demi mengekalkan lonjakan prestasi cemerlang dalam
sektor pendidikan di peringkat kebangsaan.
Bagi pihak kerajaan, kami barisan kepimpinan yang ada akan
sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa ada halangan walaupun iklim
ekonomi negeri kita kini tidak memberangsangkan. Kekuatan sesebuah bangsa dan
negara pastinya bergantung kepada rakyat yang berilmu. Ilmu bagaikan sebuah
lebuhraya yang menyediakan keselesaan dalam kembara menuju destinasi pilihan.
Sesungguhnya dengan ilmu hidup rakyat menjadi mudah, dengan iman hidup kita
menjadi terarah, sebab itulah pihak kerajaan sentiasa bersama warga pendidikan
sepanjang masa untuk memastikan hasrat murni ini menjadi nyata.
9. Saya sangat memahami segala rentak cabaran, dugaan
malah bebanan yang terpaksa digalas oleh para guru. Berat mata memandang berat
lagi bahu yang memikul, inilah bandingan pengorbanan seorang guru. Memanusiakan
manusia bukan kerja yang alang kepalang, diperah segenap daya fikir yang ada,
digali khazanah kaedah yang tersimpan, disuluh segenap petak ruang yang gelap,
demi membolehkan anak muridnya mampu bertatih dalam bercakap, membaca, menulis
dan mengira. Ingatlah ini semua bukan lagi menjadi kepayahan bagi kita. Biarlah
tidur beralaskan lengan, biarlah sejuk dibasahi embun juga panas mentari tanpa
ada tempat berteduh, demi kesejahteraan murid akan dijadikan sebagai peluang menabur
bakti kepada rakyat dan negara. Syabas warga guru budiman. Kami barisan kepimpinan
yang ada sangat bertuah berkhidmat bersama anda di negeri tercinta ini.
Teringat saya akan kata-kata semangat YAB Perdana Menteri Malaysia dalam satu
majlis di PWTC sempena perhimpunan agung yang lalu, ‘patah sayap bertongkatkan
paruh, patah paruh bertongkatkan lutut, biar berceracak panah dan lembing nasib
bangsa tetap dibela’. Terima kasih cikgu. Kegigihan kalian berjaya menempa gema
kecemerlangan yang menyelinap masuk ke setiap ruang pengharapan.
Pesanan
dan Harapan
10. Negeri Terengganu telah memahat sejarah mencipta
tamadun dalam pencapaian cemerlang sektor pendidikan. Samada peringkat Ujian
PenilaianSekolah Rendah, PT3, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama
Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, kita tetap teguh dipentas jaya.
Kejayaan ini semua disebabkan oleh pengorbanan guru yang rela ‘berjuang sampai
ke hujung nyawa’. Bersamalah kita memadu janji dan tekad biar luka berdarah
sakit merana, soal pendidikan rakyat tetap digalas dan dikelek. Ini pejuang memartabatkan
sebuah bangsa. Kita tidak boleh lagi bertangguh, masa pantas bergerak dalam
pelbagai medium perubahan. Jangan sampai kita dihambat dan ketinggalan zaman, nanti
dikepung oleh orang yang fakir fikir. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian
tidak berguna.
11. Jadilah guru hebat yang berupaya menyediakan ruang
tadahan ilmu duniawi dan ukhrawi kepada para pelajar. Inilah harapan kerajaan
dan rakyat, ingin sekali melihat bakal pewaris kepimpinan masa depan
dibangunkan dengan ilmu dan kemahiran
penuh di dada. Dalam hal ini saya sekali lagi tanpa ragu
menaruh keyakinan tinggi kepada para pendidik yang sentiasa sanggup menerima
asakan dan cabaran perubahan pendidikan melangkaui sempadan tugas hakiki. Ini
sebuah pengorbanan yang tersirat dalam slogan ‘Memperkasa Transformasi
Pendidikan’, memang benar untuk berubah perlu ada pengorbanan.
Persoalan yang sentiasa menghantui benak fikiran ialah
adakah kita mahu berkorban. Dalam apa jua tindakan keinginan atau kemahuan
menjadi titik mula untuk mengorak mendaki tangga kejayaan.
12. Warga guru telah dilatih secara professional dalam
penguasaan ‘content knowledge and pedagogical knowledge’ (dengan izin), sebab
itulah langkah yang diatur dalam setiap pengajaran mereka tidak ada yang
sumbang atau menyimpan daripada ikatan ethos seorang pendidik. Semuanya
disandarkan kepada prinsip;
Yang jelas dan betul mesti dipatuhi,
Yang jelas salah mesti ditinggalkan,
Yang samar bertanyalah kepada ahli.
Meneliti bait-bait puisi Guru Oh Guru karya Osman
Awang (1979), antaranya;
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa.
13. Guru bukan sebagai kerjaya tapi sebuah kehidupan yang
penuh pengharapan.
Ibarat menabur benih segenggam kepingin melihat suburnya
padi sebendang, hampa merana jika yang ditabur tumbuhnya lalang saujana
pandangan. Jangan biarkan begini jadinya.
Gerakan secara muafakat pastinya membawa berkat. Walau
pun sekadar mengajar mengenal satu huruf atau satu nombor sahaja tetapi kepada
ibubapa besar maknanya. Bila boleh membaca A, B, C, Alif, Ba, Ta, dan membilang
1, 2, dan 3, maka seisi keluarga bertempik gembira, tak tergambar secara ucapan
tutur kata, malah menadah syukur dengan linangan air mata gembira, kepada yang
lambat mendapat cahaya perlulah pujuk kesabaran di dada. Insya Allah
dipermudahkan sebarang hajat yang dipinta.
14. Menjelang sesi kembali ke sekolah tahun 2016, sukalah
saya menyampaikan pesan kepada para ibubapa. Binalah hubungan yang baik dengan
pihak sekolah, sering-seringlah bertanya khabar juga memberi sokongan kepada
para guru dan pihak pengurusan yang cekal berdiri di depan kelas mendidik
mengajar anak bangsa kita. Hubungan bijaksana sebegini mampu melahirkan suasana
ceria dan mesra sesama kita. Ini adalah asas penting dalam memahami makna
SOLIDARITI. Marilah bersama menyempurnakan sebuah perjuangan yang menjanji
kesudahan hidup bahagia di masa hadapan.
Mengakhiri
Perutusan
15. Mengakhiri tahun 2015 Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu telah berjaya
menyempurnakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Penilaian
Tingkatan 3 (PT3) negeri Terengganu. Pencapaian luar biasa ini membangga
seluruh rakyat di serata daerah.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
menghadiahkan anugerah yang bermakna ini kepada kerajaan dan rakyat. Sebenarnya
kejayaan ini adalah kejayaan yang dicipta oleh seluruh warga pendidik dengan
sokongan padu daripada Persatuan ibubapa Guru ( PIBG) di setiap lapangan secara
istiqamah. Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan tahniah, syabas dan terima
kasih kepada semua pihak di sektor pendidikan yang sentiasa komited dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan. Kesungguhan tuan-tuan saya sangat sanjungi, maka bila
tibanya tahun baharu 2016 marilah kita perteguhkan lagi semangat berusaha
secara kerjasama demi mencipta kejayaan yang lebih manis. Kita akan gunakan
segala kemudahan yang ada, biarlah dalam
suasana serba kekurangan kita akan buktikan pasukan pendidikan negeri
Terengganu tidak mudah beralah dan luntur semangat juangnya. Kita telah
terbudaya dengan bekerja tanpa meletak laba upah dihadapan. Apa yang kita
harapkan petunjuk daripada Allah SWT supaya mempermudahkan perjalanan anak-anak
pelajar Terengganu ke puncak jaya.
16. Anak-anak pelajar yang akan menempuh alam
persekolahan yang baharu, sematkan azam didada, biarlah kedatangan tahun baharu
2016 menjadikan titik mula mengumpul semangat jitu untuk menempa kejayaan
cemerlang. Penuhilah harapan keluarga yang sentiasa mendoakan kejayaan masa
depan anda. Ibubapa tidak mendamba banyak perkara, hanya ingin melihat
anak-anak mereka bahagia walau di mana jua berada. Jangan sekali-kali mengalah
sebelum berjuang, jangan sekali-kali terpengaruh dengan rempuhan perkara-perkara
yang boleh membawa kemusnahan masa depan. Ingatlah tidak ada kejayaan tanpa adanya
ujian.Andainya sekali gagal tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya.
Bangkitlah dengan tabah dan bertawakallah kepada Allah,
sesungguhnya setiap manausia ada kehebatan tersendiri. Apa yang penting
kenalilah potensi diri sendiri. Ingatlah orang yang hebat akan mengubah
halangan dihadapan sebagai peluang keemasan.
Selamat bertugas para guru budiman
Selamat sejahtera ibubapa yang dihormati
Selamat belajar anak-anak pelajar yang cekal hati
Selamat berada di sesi persekolahan tahun 2016 yang sedia
menanti
Saya, isteri dan barisan kepimpinan negeri Terengganu
mengucapkan terima kasih, tahniah dan syabas di atas perkhidmatan terpuji warga
guru kepada kerajaan dan rakyat disegenap pelusuk negeri.
Sesungguhnya kepada Allah saya berserah
YAB
DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD. RAHMAN
*Sumber
- Facebook Rasmi Ahmad Razif Abd Rahman
Subscribe to:
Posts (Atom)