Gerbang Maya Rasmi Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu. Semua maklumat berkaitan Hal Ehwal Murid, Pendidikan Pencegahan Dadah, Kokurikulum, Ko Akademik dan Sukan akan disiarkan melalui laman maya ini. Alamat surat menyurat : Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, 21700 Kuala Berang Nombor Telefon : 096811344/6817449 Nombor Faks : 09-6811090
Thursday, 20 November 2014
Wednesday, 19 November 2014
Gerakan EKSA Zon 3 PPD Hulu Terengganu
Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA)
MAMPU telah
mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini
dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini
selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan
inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan
persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi
sektor awam.
Secara
khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan
agensi kerajaan:
a)meningkatkan imej korporat;
b)menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau
melalui pembudayaan ‘Go Green’;
c)menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan
tuntutan stakeholders;
d)memperluaskan pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan; dan
e)memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian
organisasi/ agensi Kerajaan.
Selain
daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu
yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil
kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang
diberikan. Pendekatan ‘one-size-fits-all’ yang dipraktikkan sebelum ini
didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan
pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti
agensi yang diaudit.
Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan
bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan,
sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan
persekitaran kerja yang kondusif.
Tuesday, 18 November 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)