Glitter Text Generator at TextSpace.net

Saturday 7 February 2015

Majlis Penyerahan Bendera MSSD Hulu Terengganu 2015


06 Februari 2015 (Jumaat): Majlis penyerahan bendera MSSD Hulu Terengganu telah diadakan secara ringkas di Dewan SMK Menerong. Bendera telah diserahkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin A. Bakar, PPPD (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) kepada Puan Hajjah Kamariah binti Mamat, Pengetua SMK Menerong selaku pengurus Kontinjen Merentas Daerah Hulu Terengganu.

Kontinjen ini telah dibarisi oleh seramai 36 orang atlit daripada pelbagai kategori. Latihan pusat telah diadakan selepas Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSD HT yang lalu.

Kejohanan Merentas Desa peringkat MSSN Terengganu akan diadakan pada 07 Februari 2015 (Sabtu) bertempat di SMK Seri Bandi, Kemaman.


Foto: Encik Azmi Mahmud (PPPD Sukan)
Wartawan: Encik Wan Mahadi bin Mohd Salim (Penyelia Sukan)

No comments:

Post a Comment